Sunday, 14 February 2016

Liverpool Benam Aston Villa l

BIRMINGHAM: Liverpool membelasah Aston Villa 6-0 di Villa Park pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi ketika penyerang, Daniel Sturridge meledak gol pertamanya dalam liga di bawah kendalian Jurgen Klopp. 

Penyerang England yang sering dihimpit kecederaan itu menjaringkan gol pertama skuad The Reds pada minit ke-16, sebelum James Milner menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan percuma pada minit ke-25. 

Liverpool Benam Aston Villa

Selesa 2-0 berakhir babak pertama, Liverpool terus bernafsu untuk menjaringkan gol dengan pesta jaringan pada babak kedua dimulakan menerusi Emre Can pada minit ke-58.

Penyerang Belgium, Divock Origi menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-63 diikuti jaringan kelima menerusi Nathaniel Clyne, dua minit kemudian. 

Pertahanan veteran, Kolo Toure melengkapkan jumlah jaringan Liverpool pada minit ke-71 buat menambah derita Villa yang menghuni tangga tercorot liga.

Bertemu Villa, Klopp membuat sembilan penukaran dalam kesebelasan utamanya berbanding ketika bertemu West Ham United pada kempen Piala FA, pertengahan minggu lalu. 

Paling dinantikan ialah kelibat Sturridge yang digandingkan buat pertama kali bersama dua pemain Brazil, Roberto Firmino dan Philippe Coutinho namun kedua-dua tonggak itu gagal menjaringkan gol. 

Pada pertembungan pertama kedua-dua pasukan musim ini, Liverpool menang 3-2 dengan Sturridge menyumbangkan dua jaringan di Anfield. 

Sebagai rekod, Aston Villa hanya mampu menewaskan Liverpool sekali di Villa Park daripada 17 pertemuan liga dengan yang diraih pada Mei 2011. 

Paul Pogba Mungkin Ke Barcalona

Pemain tengah Juventus Paul Pogba adalah seorang lelaki yang dikehendaki. Ia tidak begitu mengejutkan, sudah tentu; pemain antarabangsa Perancis diiktiraf sebagai salah seorang pemain muda dalam arena bola sepak moden.

Adalah tidak mengejutkan dengan masa depan yang tidak menentu di Juventus, lima kelab gergasi Eropah dikaitkan untuk mendapatkan pemain tengah sensasi ini.

Paul Pogba Pilih Barcalona

Malah, Beliau dikaitkan dengan kelab seperti Chelsea, Manchester City, PSG, Real Madrid, Barcelona dan Real Madrid.

Namun begitu Paul Pogba telah bersuara yang beliau lebih berminat untuk sertai Barcalona.

Barcelona, sudah tentu, diiktiraf sebagai pasukan yang paling besar dalam dunia bola sepak, jadi ia tidak begitu mengejutkan bahawa Pogba mahu menyertai Lionel Messi, Neymar, Luis Suarez dan co.

Laporan itu seterusnya mendakwa, bagaimanapun, bahawa Barcelona tenang dalam strategi mereka untuk mendapatkan tandatangan pemain ini.





Thursday, 11 February 2016

Pelancaran Jersi Baru Kelantan - Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memperkenalkan lima jersi jenama DSV untuk pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) musim ini, di sini, sebentar tadi. 

Semua jersi yang dikeluarkan syarikat penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida itu menampilkan tiga versi iaitu 'Supra Player', Millenia dan `Mantera' yang akan dijual dengan harga berbeza. 

Bagi edisi 'Supra Player', ia dijual pada harga RM168 sehelai manakala Millenia berharga RM98 dan Mantera pula serendah RM68. 



Jersi jenama DSV (singkatan nama Datuk Seri Vida) berwarna tradisi Kelantan merah-putih dan merah jambu-putih itu akan digunakan di gelanggang sendiri manakala gabungan warna merah jambu dan hitam serta biru di tempat lawan. 

"Saya mahukan terbaik dan ingin bawa pembaharuan pada jersi keluaran saya ini. Semua jersi yang dilancarkan hari ini hanya edisi pertama. 

"Namun begitu, masih terdapat lagi edisi kedua yang bakal dilancarkan pada April nanti. Bagi fungsi istimewa yang ada pada jersi ini akan terbukti selepas dibeli nanti," katanya dalam sidang media pada majlis itu. 

Majlis pelancaran jersi di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) itu turut dimeriahkan lagi dengan tayangan montaj yang menggunakan sentuhan warna merah jambu bagi mempromosikan jersi terbaharu itu. 

Rekaan jersi itu seolah-olah disuntik dengan satu sel istimewa yang memberi kuasa kepada pemakai. 

BH Sukan sebelum ini melaporkan empat jersi jenama DSV yang akan dilancarkan hari ini, bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.    

Dr Vida berkata, beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.    


Benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu.


Tuesday, 9 February 2016

Nilai Pasukan Lecester City Berbanding Dengan Top Four iaitu Tottenham Hotspurs, Manchester City dan Arsenal

Pasukan Leicester City yang berada di tempat pertama EPL Premier League sekarang ini iaitu berbeza 5 mata dari pasukan di tempat kedua Tottenham Hotspurs dan Arsenal ketiga dan berbeza 8 mata dari Mnchester City.

Namun begitu squad kendalian Claudio Ranieri adalah lapan kali lebih rendah dari squad Manual Pellegrini.

Squad bukan bintang yang telah kalahkan 3-1 pasukan All-Star Manchester City. Jadi tiada alasan buat Squad dalam Liga M pun, pemain kecil mampu menyerlah jauh dari yang biasa.

Nilai 4 pasukan teratas EPL
Jom kita tengok nilai squad Leicester.

Leicester

Kasper Schmeichel - £2mDanny Simpson - £2mRobert Huth - £3mWes Morgan - £1mChristian Fuchs - FreeMarcin Wasilewski - FreeMarc Albrighton - FreeDanny Drinkwater - £1mN'Golo Kante - £5.6mRiyad Mahrez - £400,000Shinji Okazaki - £7mJamie Vardy - £1mMark Schwarzer - FreeJeffrey Schlupp - FreeDemarai Gray - £3.8mAndrej Kramaric - £7mYohan Benalouane - £5.6mAndy King - FreeGokhan Inler - £5mLeonardo Ulloa - £10m

Total adalah  £54.4m


Leicester Inspirasi Buat Sunderlan

LONDON: Penyerang Sunderland, Jermain Defoe, melihat Leicester City sebagai inspirasi buat kelabnya yang ketika ini sedang bergelut dengan penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL). Leicester yang menewaskan Manchester City, Sabtu lalu, sekali gus mengumpul kelebihan lima mata di puncak liga turut bergelut dengan masalah sama, musim lalu, namun terselamat daripada disingkirkan. 


Sunderland yang ketika ini menghuni kedudukan kedua tercorot liga berjaya bangkit untuk mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Liverpool, Sabtu lalu dengan Defoe meledakkan jaringan penyamaan. "Cerita (Leicester) adalah menakjubkan. 

Jika mereka mampu melakukannya, mengapa kami tidak? "Kami mempunyai skuad yang kuat ketika ini, pemain baharu yang datang dan beraksi dengan cemerlang. Semangat berpasukan juga hebat dan jika kami terus bekerja keras, kami akan mendapat keputusannya dan berharap untuk memperolehnya tidak lama lagi," kata Defoe. 

Gol Defoe ketika menentang Liverpool adalah yang keenam daripada enam perlawanan dan pemain berusia 33 tahun itu berkata, beliau gembira dengan peranannya sebagai penyerang di bawah kendalian pengurus, Sam Allardyce. 

Ketika bersama pengurus Sunderland sebelum ini, Dick Advocaat, penyerang kelahiran England itu dipaksa beraksi lebih terbuka. 


"Pengurus sebelum ini mengarahkan saya bermain lebih luas di sebelah kiri dan saya tidak pernah bermain di posisi itu sepanjang hidup saya, termasuk di sekolah. Ia agak aneh, bermain di bahagian pertahanan ketika kamu sentiasa bermain menyerang," 

Monday, 8 February 2016

Ronaldo Setia Dengan Real Madrid

MADRID: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berkata dia akan kekal bersama Real Madrid sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun lagi. 

Penyerang berusia 31 tahun dan pemenang tiga gelaran Ballon d'Or itu berkata demikian ketika menerima anugerah selaku penjaring terbanyak di Sepanyol musim lalu daripada akhbar terkemuka, Marca. 
Ronaldo setia dengan Real Madrid

Ketika sidang media, dia menafikan segala khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan beberapa perpindahan termasuk ke Paris Saint-Germain dan bekas kelabnya, Manchester United. 

"Saya masih mempunyai kontrak untuk tempoh dua tahun. Selepas itu, kita akan lihat," kata Ronaldo. 



"Apa yang paling saya mahukan ialah kekal di sini untuk beberapa tahun lagi. Untuk masa depan, kamu akan lihat apa yang akan berlaku nanti," katanya. Ronaldo menyertai Real pada 2009 dari Manchester United, setahun selepas memenangi Ballon d'Or pertamanya dan membantu gergasi Inggeris itu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2008. 

Dia kemudian memenangi dua lagi anugerah berprestij itu di Real dengan antara kejayaan yang dilakar ialah membantu kelab terkaya dunia itu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2014. 

Real ketika ini dikatakan tidak berhasrat untuk menjual sebarang pemain selepas dikenakan hukuman untuk membeli pemain bagi dua jendela perpindahan kerana melanggar peraturan untuk mendapatkan pemain-pemain muda.